Monday, March 21, 2016

Tips nak kekal kurus cantik dan menawan!

1.     Mulai dengan pengambilan air putih yang secukupnya 
untuk tampil kekal sihat

Apadiaaa air putih?? air masak @ air kosong  laa guys!! :)

Air putih mampu menjadi penyelesaian yang tepat untuk sesiapa yang ingin menurunkan berat badan. Caranya, korang mesti minum air putih sebelum makan, dan apabila kita merasa mudah lapar dan biasa ingin mengunyah2 terus je minum air putih. 
 (CUBA DULU BARU TAU!) 
Kekalkan pengambilan air putih sebanyak 8-10 gelas setiap hari.

Tips untuk minum air sebanyak 8 gelas sehari dan berapa banyak air yang korang perlu minum dalam 1 hari:



2.   Atur pola makan 

Korang wajib! membuat list menu makanan yang akan diambil setiap hari.
Dengan cara ini keperluan gizi yang seimbang dan keinginan korang untuk mendapatkan berat badan yang lebih ideal akan mudah tercapai!




3.    30 minit untuk bersenam atau mengeluarkan peluh

Berikan 30 minit dari waktu korang untuk bersenam. Korang dapat melakukan senaman pada pagi atau petang hari, mulai dari jenis senaman yang simple seperti 
jogging ataupun berbasikal.
Sekiranya korang bekerja, lakukan senaman ini dengan cara yang mudah iaitu:
-Jangan terlalu memanjakan diri dengan menaiki Lift sekiranya pejabat korang tuh ada tangga untuk naik ke tingkat atas!
-Sekiranya korang datang awal ke tempat kerja jadikan senaman ringkas seperti berlari-lari anak di luar sekitar pejabat.
-Jadikan amalan regangan otot sebelum memulakan pekerjaan setiap hari dan mengambil nafas yang segar serta nyaman pada setiap pagi. 
(pastikan regangan otot dan senaman ringkas ini dilakukan di luar pejabat)






4.    Perbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan

Jika korang merupakan pemakan makanan ringan, inilah masanya untuk mengubah pola pemakanan!. Ubah pola makanan korang kepada perbanyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Dalam buah dan sayur terdapat kandungan serat yang sangat baik untuk pencernaan, sehingga tak akan ada lemak lemak atau sisa makanan yang berkumpul pada tubuh khususnya perut anda.
Gantikan jer jajan2 korang tuh dengan epal hijau yang rangup atau 
buah anggur yg comel lotte tuh! :p






5.    Kurangkan nafsu makan anda

Nafsu makan berlebihan merupakan salah satu penyebab berat badan 
korang naik secara drastik. 
Untuk itu sebaiknya korang kurangkan nafsu makan, 
dan ada beberapa cara yang korang boleh lakukan.

-sekiranya korang biasa makan nasi penuh sepinggan, apakata mulakan dengan cara jadikan nasi itu separuh dan banyakkan pengambilan sayur-sayuran.
-Selepas itu, setelah biasa dengan kuantiti separuh, kurangkan lagi kepada nasi suku pinggan dan akhirnya tak perlu makan nasi langsung , 
tetapi gantikan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.
-jadikan amalan pemakanan nasi bukanlah sebagai makanan utama dalam corak pemakanan korang. (ini untuk sesiapa yang WAJIB DIET!) 



6.    Bakar lemak dalam tubuh

Lemak dalam tubuh korang sangat mempengaruhi berat badan, terutama lemak di perut. Untuk itu lakukan cara-cara yang dapat membakar lemak perut.
Korang dapat melakukan senaman perut dan mengamalkan berbagai jenis makanan tambahan yang dapat membakar lemak dalam perut.





7.    Diet sihat

Diet merupakan cara paling popular yang dapat korang lakukan. Anda dapat melakukan diet sihat dimana semua makanan yang korang ambil merupakan makanan sihat dan pastikan bebas dari makanan berlemak. Atur menu makan korang setiap hari, 
mulai dari menu pagi, siang, dan malam.

Contoh Menu Diet Atkins!







8.    Amalan pengambilan Jus SlimmeWhite
Fenomena Kurus dan Putih terkini!

Pengambilan Jus SlimmeWhite 
Kelebihan  yang ada pada produk Slimmewhite ni?
-----------------------------------------------------------------------------------------------
# 6x membakar lemak, membuang toksin & racun di dalam badan
# 4x detox 
# Berkesan untuk menyekat gula & karbohidrat
# Mengawal nafsu makan, sentiasa kenyang & bertenaga
# Memutihkan & melembapkan kulit
# Merawat kulit dari jerawat, parut, kedutan & luka
# Meningkatkan imunisasi badan
# Melancarkan peredaran darah
# Tiada cirit birit, sembelit atau kesan yang tidak menyenangkan
# Fokus pada tempat2 lemak senang berkumpul terutama sekali 
perut, lengan, pinggul dan bawah dagu
# Tak perlu diet ketat
# Tak perlu bersenam
# Dapat mengelakkan & membantu mencegah penyakit berbahaya seperti:
# jantung, asma/ pernafasan, kanser payudara/ prostat, parkinson, saraf/ 
gaot, masalah keputihan, ekzema, masalah cacing, 
buasir, diabetis, darah tinggi, tulang/ osteoporosis, 
kidney stone, batuk, strok & kerosakan gigi
# Sesuai utk lelaki & perempuan
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
###Tiada kesan kembali gemuk selepas stop SlimmeWhite ###
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tidak sesuai untuk golongan :
# Wanita mengandung, berpantang & menyusukan anak
# Berumur kurang dari 15 tahun & melebihi 55 tahun
# Pesakit jantung, diabetes & pesakit kronik
# Migrain




Jus Kurus dan Putih Serentak dalam hanya 1 botol!!! Trending masakini!!!
 # 019-2882759 #
 # 019-2882759 #
 # 019-2882759 #

LIHAT LAGI LEBIH 200++ TESTIMONI DI SINI >>>http://on.fb.me/1L2vGzj


Friday, March 11, 2016

HIKMAH BESAR DISEBALIK UJIAN DEMI UJIAN...

#GjaGojez
Assalamualaikum...

Hari Jumaat ni Gja nak share tentang realiti kehidupan... :)

Kita semua akan ada satu saat buat kita terleka dan terhenti untuk memikirkan saat2 bila kita tiada di dunia nanti...
jom sama-sama kita setiap hari dengar laguni (Bila Tiba)-Ungu...supaya kita akan terasa dekat dengan Rasa Kematian...

~Bila Tiba~

setiap kali kita rasa dekat dengan mati...
kita akan lagi banyak dan bersungguh-sungguh untuk buat perkara-perkara yang luar biasa kita akan lakukan...
  • Maafkan orang yang pernah buat salah pada kita...
  • Jadikan setiap apa yang jadi pada diri adalah satu pengajaran dan sebagai satu cara untuk kau berubah supaya tidak lebih kecewa atas tentang sesuatu...
  • Jangan berdendam dengan orang yang pernah jatuhkan kita satu ketika dulu...
  • Jadikan orang yang pernah buat kita jatuh dan terduduk! sebagai SATU TITIK POSITIF untuk kita langkah satu tapak ke hadapan ke dalam cahaya yang lebih menyerlah...dan percayalah...pada Takdir dan hikmah yang bakal berlaku atas setiap yang berlaku...

Ujian demi ujian yang berat itu adalah merupakan Hadiah dari Allah buat hambaNya...

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…"    
( Al-Baqarah: 286)

Sedar atau tidak.. kehidupan kita ini adalah sepantas kita berlari...
di setiap hari-hari kita akan ada pelbagai warna warni menghiasi kehidupan kita...
kitalah owner atas diri kita...
" Bagaimana kita ingin warnakan kehidupan kita, itu bergantung pada diri sendiri" 
"Kita yang pilih warna itu bukan orang lain..."

Tapi sekiranya kita sudah yakin dan telah memilih warna yang boleh ceriakan kehidupan kita dan didatangi lagi oleh orang yang menconteng lukisan yang kita ingin persembahkan...anggaplah...manusia itu hanya salah satu warna hitam 
diantara warna-warni yang ada...
dan kita ada banyak lagi warna lain yang ada dalam hidup kita...

Ujian-ujian yang diberi oleh Allah itu datang menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk dan rupa. 
Setiap orang diuji olah Allah berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya. 
Jangan pula kita anggap orang yang di duga itu kerana dosanya terlalu banyak tanpa kita memikirkan..
"Ya Allah bertapa untungnya dia diduga sebegitu rupa sedangkan kehidupan aku begitu selesa...
Allah lebih sayangkan dia kerana Allah memberi peringatan pada diri dia...
tapi Aku?? Kenapa aku tidakkk???"...

ALLAH telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. 
ALLAH  mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya, oleh kerana itu  ALLAH memberikan  ujian itu ke atas diri kita. 
Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hambaNya.

ALLAH menguji seseorang bukan kerana ALLAH benci kepada kita tetapi percayalah  ALLAH menguji kita kerana DIA sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya, adakala tidak mampu bertahan dan bersabar dalam menghadapi ujianNya.

Dan jangan kita lupa bersama ujian itu juga ada pertolongan dari Allah sepertimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? 
mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, 
serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), 
sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: 
“Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” 
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat... 
(asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). 
( Al-Baqarah: 214)

"Manusia itu mudah lupa"...
seringkali kita lalai...saat diberi tekanan ujian demi ujian kita akan cari Dia...
dan bila saat kita sudah bahagia...kita akan lupa dan tinggalkan segala apa yang wajib kita lakukan...kita akan lupa yang Maha Esa..
yang selalu terjaga dan pemberi kepada segala yang kita pinta...

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? 
(Al-Ankabut: 2)

Yakinlah... kawan-kawan...
Allah takkan berikan kamu ujian demi ujian tanpa memikirkan hikmah disebalikNya...
beruntungla siapa yang merasa ujian itu... 
dan sedikit demi sedikit kamu akan merasa.........
"Kemanisan dalam kehidupan itu selepas daripada kamu diduga yang begitu hebat!! 
dan selepas itu kau akan bangkit kembali dengan rasa yang sungguh DASYAT!!! "

yakinlah....

#GjaGojez
#Hikmahbesarakanmenanti
#Yakinlah
#SmileAlways... :)

Wednesday, March 9, 2016

Gerhana Matahari - 9 Mac 2016


di ambil pada jam 9.10am

diambil pada jam 8.57am


‘Gerhana Matahari’ disebut ‘Kusuf’ (الكُسُوفِ) di dalam bahasa Arab yang bermaksud terlindung atau hilangnya cahaya matahari, sama ada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya.
.
Gerhana bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi SAW yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun’.
Gerhana berlaku bukanlah kerana kemurkaan Allah SWT, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah SWT. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah SWT pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains.
 .
Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا  لا  ينكسفان لموتِ أحد مِنَ النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم.

“Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kamu melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang.”
.
Galakan mengerjakan ibadah Solat Sunat Gerhana ini  berdasarkan banyak hadis berkaitan gerhana. Terdapat beberapa perkara sunnah yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana, di antaranya adalah melakukan solat dan berdoa. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi.”
.
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ  وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ  لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersolatlah.”
..

Solat Sunat Gerhana Matahari

.
Melakukan ‘Solat Gerhana Matahari’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Kusuf’ adalah ‘sunat muakkad’ bagi muslimin dan muslimat (lelaki atau perempuan), sama ada orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba. Disunatkan mandi sebelum dirikan solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
.
Solat Sunat Kusuf boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, surau atau masjid. Solat Sunat Kusuf boleh dilakukan secara bersendirian Walau bagaimanapun yang lebih afdhal dan utama adalah ditunaikan secara berjamaah di masjid yang didirikan Solat Jumaat.
.
Sebaiknya dibacakan khutbah setelah selesai solat seperti mana pada solat hari raya. Isinya diarahkan kepada keterangan tentang gerhana, isu-isu semasa ataupun hal-hal bermanfaat yang menjurus kepada anjuran taubat, sedekah, persatuan, amar ma’ruf nahi mungkar.
.

Waktu Solat Gerhana Matahari

.
Solat Sunat Kusuf / Gerhana Matahari waktunya bermula ketika ternyata sedang berlakunya gerhana matahari sehingga selesai gerhana matahari tersebut. Iaitu dengan berakhir, tamatnya gerhana itu atau sehingga jatuhnya matahari dan hilangnya gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.

kredit kepada : shafiqolbu.wordpress.com

Apa itu Glutathione???


Meh nak share pasal menantang Glutathioneni pulak... :p


Glutathione

>Glutathione merupakan tripeptida iaitu tiga protein dalam satu molekul (cystein, glutamin acid dan glycin). Glutathione secara alami terdapat dan terhasil dalam tubuhsetiap individu. Tetapi, seiring dengan lanjutnya usia, semakin berkuranglah kadar Glutathione yang menyebabkan kesihatan optimal tidak tercapai, secara fisik, psikis dan sosial.

>Glutathione berperanan penting dalam sistem kekebalan tubuh, regenerasi sel, bersifat antioksidan dan anti toksin. Kadar Glutathione dalam tubuh merupakan indikator untuk membezakan antara individu yang sihat dengan yang individu berpenyakit.

>Fungsi Glutathione yang dapat dirasakan secara langsung dan ketara dari luaran adalah merupakan kesan sampingan daripada peningkatan kesihatan tubuh secara menyeluruh kerana meningkatnya paras Glutathione dalam tubuh antaranya :
1. Meningkatkan kecerahan warna kulit (memutihkan) seluruh badan. Ini kerana kesanpemutihan terjadi dengan sangat baik.
2. Melembutkan dan menghaluskan tektur kulit (glowing).
3. Kulit menjadi kenyal anjal.
4. Memelihara kesihatan rambut & kuku.

Apa itu Garcinia Cambogia?

Meh nak share apa bendalaaa....Garcinia Cambogia ni kannnnnn.....
  • Dari manakah datangnya buah Garcinia Cambogia ini? 

Garcinia Cambogia
>Secara ringkas buah Garcinia Cambogia juga dikenali sebagai asam keping. Ia boleh didapati di kawasan Asia Tenggara dan Afrika. Ia mempunyai kulit yang nipis dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisional. Ekstraknya yang bagus ini diperolehi dari bahagian kulitnya.

>Ekstrak Garcinia Cambogia ini diperolehi dari kulit buahnya. Kulitnya mengandungi asid hydroxycitric, satu kompaun yang mengumpul lemak dan gula daripada tersedut masuk ke dalam badan. Ia juga dapat mengurangkan selera makan seseorang. Ini bertujuan untuk mengelakkan lemak baru terkumpul dan berperanan untuk mengawal perkembangan proses pembakaran lemak di dalam badan.

>Ia memfokuskan pembakaran lemak yang sedia ada di dalam badan dan menghalang lemak baru yang mungkin akan menyebabkan gangguan pada proses yang sepatutnya berlaku. Ia boleh berfungsi dengan baik sekiranya diet dan mengamalkan aktiviti yang sihat. Ini bertujuan untuk menghalang potensi untuk menambahkan berat badan.
Bagaimana Ia Berfungsi?

>Buah Asam Gelugur bukan makanan pemakanan, maka ia tidak disabitkan dengan kekurangan zat pemakanan. Mereka yang mengamal berat badan mendatar mendapati mereka amat sukar mengawal berat badan, Mereka amat kecewa kerana bila mereka rasa mereka telah berjaya mengurangkan berat badan, tetapi rupa-rupanya mereka bertambah berat. Dengan pengambilan HCA mereka mampu mendatarkan berat badan mereka kerana pemakanan yang berlebihan akan bertukar kepada tenaga dan selebihnya akan dilarut sebagai bahan buangan.

>Garcinia Cambogia yang tulen juga bertindak dengan melalui saraf darah untuk menghalang lemak baru daripada masuk ke badan. Ia akan menghalang lemak daripada terbentuk, dengan cara ini ia dapat mengelakkan daripada lemak itu terkumpul di dalam badan. Apa yang lebih baik lagi, lebihan lemak akan bergerak keluar dengan cepat dan senang daripada sistem badan kita.

>Ia juga dapat membantu megurangkan selera makan apabila otak meningkatkan penghasilan serotonin. Serotonin bertindak mengawal mood mengelakkan daripada berasa murung. Ini kerana mereka yang murung cenderung memakan dengan lebih. Apabila mengamalkan Garcinia Cambogia dengan betul, tindakan untuk memakan dengan lebih akibat mengikut emosi dapat dielakkan. Ia juga dapat mengawal kortisol daripada berkembang dengan cepat. Kortisol mampu meningkatkan tahap tekanan perasaan di dalam badan, dan mengelakkan anda makan dengan lebih.

>>>>Untuk Keselamatan bersama: 
>Ujian Toksik makmal telah membuktikan yang Garcinia Cambogia (HCA) tidak mempunyai kesan sampingan kepada jantung mahupun pada kesihatan, berdasarkan pada fakta orang Asia yang telah menggunakan buah ini berabad lamanya tanpa kesan sampingan. Hasil penyelidikan menunjukkan Buah Gelugur tidak mengganggu penghasilan tenaga, zat metabolism, pembentukan hormon (prostaglandin synthesis) atau apa saja keutamaam process bio-kimia. 

Namun dinasihatkan; 
1. mereka yang sedang menjalani perubatan untuk mengawal tahap kolesterol terlebih dahulu berjumpa doktor sebelum menggunakan buah asam keping bagi mengurangkan berat badan. 
2. Tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu mengandung. 
3. Pesakit Alzheimer 
4. Pesakit gangguan mental (dementia disease) 
5. Ibu yang menyusu 
6. Kanak kanak dan orang dewasa yang berpenyakit diabetes mellitus (kekurangan Insulin dalam tubuh badan) 

>>>sumber dari : herbadantumbuhan.blogspot.my



Tuesday, March 8, 2016

~8.3.2016~




~8.3.2016~

Harini 8.3.2016...merupakan hari wanita buat semua yang bergelar wanita...Tapi...harini jugak merupakan tarikh kelahiran arwah abg zamku...Allahyarham Zamri Zaid yg sudah meninggalkan kami sekeluarga hampir 4 tahun setelah kembalinya beliau 2 hari ke Malaysia daripada menunaikan umrah bersama keluarga pada tahun 2012...



X sempat diri ini melawat arwah utk kali terakhir utk duduk.berbual.mendengar sgl pengalaman arwah di sana...tatkala.berita yg mengejutkan aku terima pada waktu subuh tgh bersiap utk pergi kerja...rasanya jantung aku saat tuh..bagaikan terkeluar terhenti saat itu jugak...Arwah merupakan seorang abg...yg sgt manjakan adik2...sejak kecil mmg dialah yang belikan aku baju raya sedondon dgn adik aku Sara...sampai ke sudah penyakit sedondon ni mcm terbwk2 sampai ke tua... :)
wink emoticon



Sampailah saat aku mendirikan rumahtangga...arwahla jadi tulang belakang.majlis kenduri aku :)dialah yang uruskan separuh dari usaha kami sekeluarga utk menguruskan kenduri perkahwinan aku...ya...kawin pd usia muda...yg. tdk memungkinkan aku mengeluarkan wang wlupon RM1 utk belanja perkahwinan...Arwah dan abg2 yg lain serta kakak2 aku yg menguruskan baju sedondon kami sekeluarga...dan segala persiapan kenduri yg lain...syukur sgt dipermudahkan segalanya...




kak ju yg sgt tabah kini tanpa arwah, tlh menerajui bisnes nya sendiri serta dpt mengembangkan lagi bisnes mereka selama ini..."Manjadda Wajadda"!!Percayalah pada rezeki Allah...Allah tidak akan meletakkan seseorang ditempat itu tanpa satu tujuan...tanpa hikmah yg besar bakal.berlaku...hanya percaya pada ketentuannya..InsyaAllah segalanye akan terjadi dengan izinNya...




Arwah juga merupakan chef buat kenduri perkahwinan aku pada waktu itu sehinggakan masakannya menjadi bahan mulot ramai tetamu kerana masakan gulainya yg sgt enak sampai x dpt.kami lupakan... 
frown emoticon
Segala ilmu2 masakan dari arwah byk yg diserap oleh aku dan kami adik beradik...



Semangat arwah yang x pernah mengalah dalam.bisnes mmg buat aku kagum...kerana beliau merupakan seorang abg yg bertanggungjwab kerana tidak pernah melupakan utk uruskan mak...abah...dan adik2...




Ya Allah...rindunya badan arwah tempat aku bumbum dibahunya utk.bermanja...rindu utk aku berceloteh menahan gelak jenakanya...Semoga arwah tenang di sana...




Ya Allah...kau tempatlah arwah abg zam kesayangan ku...dalam.golongan org yg mukmin...mis you...abg zam... 


frown emotic
Al Fatihah...

~Bila Tiba~